Airbnb Mainkan Peranan Penting Dalam Menyokong Ekonomi Malaysia

airbnb mainkan peranan penting dalam menyokong ekonomi malaysia

Korang semua mesti tahu kan syarikat Airbnb?

Untuk pengetahuan korang, syarikat Airbnb bukan sahaja sebuah syarikat yang menyediakan penginapan tapi dalam masa yang sama mereka juga membantu menyumbang ekonomi negara kita.

Menurut kenyataan dari Airbnb, satu penyelidikan yang dijalankan oleh Oxford Economics menunjukkan bahawa Airbnb bakal menjadi peranan penting dalam menyokong pemulihan ekonom Malaysia. Lebih menggembirakan adalah pemulihan ini unuk tempoh jangka panjang.

Macam mana Airbnb boleh jadi pemulihan ekonomi negara?

Mungkin korang hanya nampak Airbnb sebagai platform sewaan jangka pendek je kan? Tapi sebenarnya lebih dari tu. Airbnb juga membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan seterusnya membantu rakyat Malaysia untuk terus survive biarpun dunia dilanda pandemik.