Angin Terlalu Kencang Di Australia Sehinggakan Air Terjun ‘Terbalik’

 

Satu-persatu kejadian bencana alam menimpa dunia. Kadang-kadang naik hairan juga macam mana boleh berlaku kan? Tapi semestinya, semua bencana alam ni dirosakkan oleh tangan kita sendiri.

Terbaru, selepas mengalami kemarau berpanjangan sehingga menyebabkan kebakaran hutan yang hebat, Australia dilanda angin kencang, hujan lebat dan berisiko untuk banjir pula.

Betapa hebatnya kejadian tersebut sehinggakan air terjun ‘terbalik’ akibat daripada angin kencang yang telah menghentam Kurnell, Sydney pada hari Ahad lalu.

Kalau sebelum ini air terjun mengalir ke bawah, akibat tiupan angin kencang itu menyebabkan seolah-olah mengalir ke atas tebing sungai.

Akibat daripada cuaca yang tidak menentu itu, Perkhidmatan Kecemasan Negeri telah menerima panggilan lebih daripada 2,200 daripada penduduk setempat.

Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran supaya orang awam tidak pergi ke laut untuk meluncur kerana takut berlaku banjir.

Sumber: Astro Awani