Kumpulan K-Pop, aespa Dipetik Antara Pemimpin Generasi Seterusnya Oleh TIME

Kumpulan K-Pop popular, aespa telah dinamakan sebagai salah satu daripada 10 Pemimpin Generasi Seterusnya TIME untuk 2022.

kumpulan k-pop, aespa dipetik antara pemimpin generasi seterusnya oleh time

12 Mei lalu, TIME melancarkan senarai Pemimpin Generasi Seterusnya, yang menyenaraikan bintang yang semakin meningkat dan menuju ke masa depan yang lebih cerah.

Dalam senarai itu, aespa dinamakan bersama beberapa figura berpengaruh seperti Olga Rudenko, ketua editor Kyiv Independent, Jonathan Bailey dari Brigerton, dan YouTuber Deepica Mutyala.

TIME turut mengambil kira pengalaman aespa yang baru sahaja mengadakan persembahan pertama mereka di festival muzik Coachella pada April lalu.

Walaupun kumpulan itu berumur kurang dari dua tahun, ia memuji cara unik aespa yang merapatkan jurang antara realiti dan dunia maya dengan rakan avatar maya mereka, æ-aespa.

Turut ditekankan dalam artikel itu ialah kejayaan global aespa biarpun dengan diskografi mereka yang begitu kecil, dengan album mini pertama mereka, Savage muncul di Nombor 20 di Billboard 200.

Video muzik sulung aespa “Black Mamba” juga melepasi 100 juta tontonan lebih pantas daripada debut K-Pop yang lain.

Terdahulu, kumpulan itu pernah menghuraikan konsep metaverse mereka, dengan Giselle menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk menormalkan konsep metaverse dan membuatkan peminat dan pengikut muzik lebih selesa dengan keseluruhan idea tersebut.


Sumber: [1]