Adik Neelofa, Athisha Khan Kini Graduan Undang-Undang

Adik kepada usahawan selebriti popular Neelofa, iaitu Athisha Khan menjadi bualan ramai warganet berikutan fotonya yang lengkap mengenakan jubah konvokesyen tular di internet.

adik neelofa, athisha khan kini graduan undang-undang

Perkongsian momen-momen bermakna bersama keluarga itu dimuat naik Athisha di media sosial peribadinya selepas berjaya menamatkan pengajian peringkat degree bidang undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan, kelihatan Athisha dan keluarga tersayang meraikan kejayaan tersebut dengan sambutan majlis serba ringkas di kediaman mereka.

Turut meraikan kejayaan itu ialah ibunya, Datin Noor Kartini yang menzahirkan rasa syukur atas khabar gembira itu.

“Alhamdulillah syukur dengan segala nikmatMu Ya Rabb. Sungguh kasih sayangMu amat luas dan nikmatMu amat hebat. Wahai pencipta langit dan bumi peliharalah kami dan lindungi kami dari segala bala malapetaka.

“Selamatkan kami di duniaMu dan di akhiratMu Ya Rabbul Alamin. Terima kasih Allah untuk segala nikmatmu. Terima kasih anakku sayang Athisha Khan. Moga terus menjadi hamba yang memberi manfaat kepada seluruh umat. Amiin,” coretnya di ruangan Instagram beliau.

 

Sumber: [1]