‘Saya Mengaku Langgar Batas’ - Adam Levine Jawab Isu Curang Dengan Isteri Hamil

Penyanyi dan vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine menafikan dakwaan dia pernah berlaku curang terhadap isterinya semasa wanita tersebut sedang menghamilkan anak ketiga mereka.

‘saya mengaku langgar batas’ - adam levine jawab isu curang dengan isteri hamil

Lebih menghangatkan keadaan, Levine juga dikatakan ingin menamakan anak ketiganya itu bersama isteri, Behati Prinsloo, bersempena model Instagram, Sumner Stroh yang didakwa pernah menjalinkan hubungan sulit dengannya.

Pada 19 September lalu, Stroh membuat pendedahan mengenai hubungannya bersama Levine menerusi satu hantaran tular di TikTok.

Dalam video terbabit, Stroh berkata dia pernah menjalin hubungan cinta bersama Levine selama satu tahun, dan turut memaparkan bukti perbualan mereka di Instagram.

Sebagai maklum balas kepada isu tular itu, Levine kemudian memberikan penjelasan berkenaan dakwaan itu menerusi satu hantaran di Instagram Story.

“Banyak yang diperkatakan tentang saya sekarang dan saya mahu memperbetulkan keadaan,” tulis Levine.

“Saya tidak mempunyai hubungan sulit, namun, saya melampaui batas sepanjang tempoh yang amat saya kesali dalam hidup itu,” tambahnya.

Menurut penyanyi berusia 43 tahun itu, dia telah mengambil langkah proaktif bagi membetulkan keadaan bersama keluarganya.

“Isteri saya dan keluarga saya adalah segala-galanya yang saya sayangi di dunia ini. 

“Menjadi naif dan bodoh untuk mempertaruhkan satu-satunya perkara yang benar-benar penting bagi saya adalah kesalahan terbesar yang saya pernah lakukan. 

“Saya tidak akan melakukannya lagi. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya,” kata Levine.

Terdahulu, Levine mendirikan rumah tangga bersama model Victoria’s Secret, Behati Prinsloo pada 2014. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata.

 

Sumber: CNA