Adakah Era Messi Dah Berakhir?

adakah era messi dah berakhir?

Barcelona merupakan pasukan yang mendominasi bola sepak dunia bermula penghujung dekad lalu sehingga pertengahan dekad ini. Ramai bintang yang menyarung jersi Barca tapi tiada bintang yang menyinar secerah Lionel Messi. 

adakah era messi dah berakhir?

Nak cerita hebatnya si Messi ni, 3 hari 3 malam tak habis. Semua piala dia dah menang. Peringkat kelab la. Kita jaga lah sikit air muka dia di peringkat antarabangsa. Apa je rekod yang Messi tak pecahkan? Semua dia dah buat. 

Walaupun prestasi Barca bukan pada tahap terbaik, tapi aksi suku akhir Liga Juara-Juara berdepan Bayern Munich tetap dilihat sebagai salah satu perlawanan besar musim ini. Barca tetap yakin mampu beri saingan. Selagi ada Messi, selagi itu masih ada harapan. Tapi siapa sangka maruah Barcelona direntap oleh Bayern tanpa belas kasihan. Barca diaibkan 8-2 oleh Bayern. 8-2! Sekali lagi, 8-2! 

adakah era messi dah berakhir?

Barca longlai dan Messi hilang sengat. Tersingkirnya Barcelona pada tangan Bayern menyaksikan buat kali pertama dalam tempoh 15 tahun, TIADA KELIBAT Cristiano Ronaldo atau Messi pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara musim ini. Confirm kita rasa janggal dengan ketiadaan mereka dan pada masa sama, kagum dengan pencapaian kedua-dua superstar bola sepak ini.

15 tahun bukan masa yang singkat. Kalau seseorang itu baru dilahirkan, dalam masa 15 tahun, tengah nak jawab peperiksaan PT3. Selama 15 tahun juga Messi berada di persada bola sepak dunia berentap dengan Ronaldo untuk merebut pemain terbaik dunia. Mungkin masa mereka berdua semakin singkat dalam sukan ini.

adakah era messi dah berakhir?

Messi mungkin mempunyai 1 atau 2 tahun lagi untuk beraksi di peringkat tertinggi. Tahun lepas, tugas menyingkirkan Barca daripada saingan Liga Juara-Juara diamanahkan kepada Liverpool. Selepas tewas 0-3, Liverpool cipta antara comeback terbaik dalam sejarah Liga Juara-Juara apabila dengan selamba membelasah Barca 4-0.

Mungkin Messi yang sekarang tak sama dengan Messi yang dulu. Ye lah, usia pun meningkat. Kekalahan besar Barca ini menimbulkan pelbagai persoalan. Adakah Messi akan kekal dengan Barcelona yang sedang pincang? Ataupun bersediakah dia untuk berhijrah? Jika ya, pasukan mana? Soalan yang paling penting, adakah era dominasi Messi sudah berakhir?

Oleh : Karami Kamel

 

ARTIKEL BERKAITAN