Bahaya Ikan Buntal, Ada Warga Emas Di Johor Maut Lepas Makan Ikan Ini!

Seorang wanita warga emas berusia 83 tahun dilaporkan maut manakala suaminya pula dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas mengalami keracunan akibat menikmati hidangan ikan buntal.

bahaya ikan buntal, ada warga emas di johor maut lepas makan ikan ini!

Kejadian berlaku di Kluang, Johor pada tengah hari Sabtu lalu sebelum kes dirujuk kepada Jabatan Kecemasan Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), Kluang pada jam 5 petang.

 

Akibat daripada keracunan makanan, si suami dimasukkan ke ICU manakala isterinya disahkan maut pada jam 7 petang hari yang sama.

 

"Ia melibatkan sepasang suami isteri yang tinggal di Jalan Sin Tiam Chamek, Kluang yang mendapatkan bekalan ikan buntal dari penjual secara dalam talian melalui Facebook.

"Bekalan diterima pada 25 Mac lalu (Sabtu) pada waktu pagi. Selepas itu ikan berkenaan dibersihkan dan digoreng untuk dibuat makan tengah hari bersama sayur dan daging khinzir.

"Dalam jam 3 petang, wanita berkenaan mula menunjukkan gejala sesak nafas dan menggigil. Kira-kira sejam kemudian, suaminya turut mengalami gejala sama," kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon.

 

Difahamkan, ini juga adalah kali pertama pasangan itu makan masakan berasaskan ikan buntal.

 

Menurut siasatan, ikan buntal segar itu diperoleh dari nelayan di Endau sebelum diambil oleh pemborong untuk diproses di Batu Pahat.

 

Sumber: Astro AWANI