Ada Persoalan Tentang COVID-19? Tanya Je Terus Ke Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) Melalui Whatsapp

ada persoalan tentang covid-19? tanya je terus ke organisasi kesihatan dunia (who) melalui whatsapp

Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) telah melancarkan satu saluran untuk orang ramai bertanya dan mendapatkan kepastian tentang COVID-19 melalui aplikasi Whatsapp.

Dengan cara ini, lebih 2 Billion masyarakat dunia boleh menghubungi dan mendapatkan maklumat yang lebih tepat serta terperinci daripada WHO.

Tak kisah lah siapa pun, semua orang boleh guna saluran ini. Perkhidmatan mesej ini akan memberikan pelbagai maklumat seperti bagaimana mereka perlu melindungi diri mereka dan macam-macam lagi. Orang ramai juga boleh mendapatkan update terkini tentang COVID-19 ditempat mereka.

Kalau korang nak try, boleh tekan di sini. Korang text je “hi’ untuk mengaktifkan perbualan. Selepas itu, korang boleh pilih untuk update tentang apa.

Dengan cara ni, tak ada lagi dah fake news dan tip-tips yang tak masuk akal untuk menghindari penularan COVID-19.

Sumber: WHO