Jijik! Pekerja Disyaki Cuci dan Jual Semula Kit Ujian Saringan COVID-19

Beberapa pekerja sebuah syarikat farmasi di Indonesia ditahan selepas mereka disyaki mencuci dan menjual semula kit ujian calitan hidung COVID-19 yang telah pun digunakan.

jijik! pekerja disyaki cuci dan jual semula kit ujian saringan covid-19

Menurut BBC, polis di negara itu percaya kit ujian tersebut telahpun digunakan ke atas 9,000 penumpang di sebuah lapangan terbang di Medan, Indonesia.

 

Ujian calitan hidung COVID-19 adalah antara kaedah saringan yang digunakan bagi mengesan mereka yang mempunyai virus terbabit. Ia melibatkan pengambilan sampel dibelakang hidung dan tekak, dan perlu dibuang selepas ujian dijalankan.

jijik! pekerja disyaki cuci dan jual semula kit ujian saringan covid-19

Hasil risikan pihak berkuasa disana, penipuan itu dipercayai sudah mula dilakukan sejak Disember tahun lalu di Lapangan Terbang Kualanamu di Medan, Sumatera Utara.

 

Bagi membantu siasatan, seramai lima pekerja termasuk pengurus syarikat farmaseutikal itu ditahan polis atas tuduhan melanggar undang-undang kesihatan dan pengguna dengan mencuci putik calitan hidung dan membungkusnya semula untuk dijual.

 

Hasil daripada penjualan semula kit ujian calitan COVID-19 tersebut, mereka mengaut keuntungan sehingga 1.8 bilion rupiah (kira-kira RM285,000), dan digunakan untuk membiayai pembinaan rumah mewah salah seorang daripada suspek.

 

Sumber: Astro Awani / BBC