Ada Masalah Bunga Layu? Cuba Cara Ni

ada masalah bunga layu? cuba cara ni

Jambangan bunga selalunya kekal segar dan tahan lama 3 hingga 5 hari bergantung pada jenis bunga. Tapi kalau pandai jaga boleh tahan sehingga 7 hari. Korang mesti pernah dapat jambangan bunga kan? Namun kadang kadang bila kita baru dapat bunga, esok dah mati. Ikut cara ini untuk bunga tahan lama.

  1. Simpan bunga di tempat bersuhu normal (room temperature). Bunga sangat sensitive pada suhu sekitar, so, kalau anda baru keluarkan bunga dari peti ais pastikan suhu kediaman anda tidak terlalu tinggi.
  2. Jangan letak bunga di tempat yang bercahaya matahari. Kesegaran bunga akan tergangu dan menyebabkan bunga layu dan seakan nak mati.
  3. Tangkai bunga perlu dipotong setiap hari supaya bunga tidak menyerap air yang terlalu banyak. Bunga yang disimpan lama menyerap lebih banyak air dan membuatkan proses bunga menjadi layu sangat cepat.
  4. Kalau ada perubahan seperti warna pada duri, tangkai atau bunga pastikan anda potong bahagian itu. Jika bahagian yang rosak dibiarkan, ia boleh merebak ke seluruh bunga yang lain.
  5. Anda boleh letakkan kapas yang basah pada hujung batang bunga untuk mengelakkan bunga menyerap air yang banyak.
  6. Boleh campurkan gula, cuka dan paracetamol dalam larutan untuk mengekalkan kesegaran bunga. Tapi, make sure’ korang gantikan air setiap hari.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: pamapedia