Ada Ciri Baru di MySejahtera!

Nak tahu apa yang baru di MySejahtera?

Buka aplikasi MySejahtera sekarang dan kemaskini.

Ini paparan baru yang menunjukkan sama ada seseorang itu sudah lengkap divaksin atau atau tidak setiap kali nak scan kod QR dekat mana-mana premis.

ada ciri baru di mysejahtera!

Bagus ciri baru ni sebab sekarang kan dah ada kelonggaran khas untuk mereka yang dah terima 2 dos vaksin.

Pemilik premis boleh check MySejahtera untuk kesan siapa yang dah lengkap divaksin atau siapa yang menipu.

Lagi satu, ada butang daftar keluar atau check out ditambah dalam aplikasi ni tau.

Senang la sikit nak jejak kontak rapat bagi kes positif.

Kemudahan teknologi dah tersedia, sekarang ni tanggungjawab kita untuk kekal patuh SOP dan bersikap jujur.

ada ciri baru di mysejahtera!

Jangan cuba-cuba nak menipu status vaksinasi semata-mata untuk menikmati kelonggaran atau kemudahan yang diberikan kerajaan.

Dapatkan vaksin segera dan sama-sama #kitajagakita dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

 

Oleh: Izzati Amir