Ada Apa PICKids Dengan 15 Mei?

Tarikh akhir pemberian vaksin COVID-19 dos pertama di bawah PICKids ditetapkan pada 15 Mei! Biar betul? Ya betul, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dah pun umumkan. Ni bermakna KKM tak lagi tawar dos pertama bagi vaksin COVID-19 jenis Comirnaty (keluaran Pfizer) dan CoronaVac (keluaran Sinovac) kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun. Selepas tarikh tu vaksin kanak-kanak jenis Comirnaty tak lagi ditawarkan kat mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta. Bagi vaksin Coronavac pulak, lepas ni hanya boleh dapat suntikan dengan bayaran di fasiliti swasta. Sekali lagi dimaklumkan, dengan bayaran. 

ada apa pickids dengan 15 mei?

Susulan pengumuman KKM tu jugak maknanya mak ayah kena buat keputusan pasal vaksinasi COVID-19 anak-anak sebelum 15 Mei. Tapi….ha ada tapinya, semua kat atas ni tak melibatkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada 2017 dan belum capai usia 5 tahun pada 15 Mei.

Kat hujungnya, KKM jugak beri penjelasan kenapa buat keputusan tu. Jelas KKM, sebabnya trend permintaan vaksinasi untuk kanak-kanak makin turun. Lagipun permintaan vaksinasi yang rendah boleh menyebabkan pembaziran yang tinggi. Ya boleh difahami & keputusan yang wajar. Jadi macam mana mak abah semua? Apa pendirian dan pegangan? Berubah, kekal atau masih '50-50'? Secara peribadi, KJ memahami apapun pilihannya.  Tentu semuanya demi sayang, kesihatan dan masa depan anak-anak. 

ada apa pickids dengan 15 mei?

ada apa pickids dengan 15 mei?

ada apa pickids dengan 15 mei?

Oh ya, untuk ibu bapa yang dah mendaftarkan anak dalam MySejahtera tapi masih belum disuntik vaksin akan dihubungi petugas kesihatan. Mereka akan dihubungi melalui telefon, media sosial atau lawatan ke rumah bagi menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada anak-anak. Yang ada niat tapi belum daftar pulak, ya masih ada masa lagi untuk daftar kat MySejehtera sehingga 8 Mei.

 

Oleh: KJ

Sumber & gambar: KKM, Berita Harian, Harian Metro & internet