99 Peratus Penduduk Jawa Ada Antibodi COVID-19 Menjelang Hari Raya

Menerusi satu kajian yang dijalankan pihak berkuasa Indonesia, hampir kesemua penduduk di kepulauan Jawa kini sudah mempunyai antibodi menetang virus COVID-19.

99 peratus penduduk jawa ada antibodi covid-19 menjelang hari raya

Menurut pakar epidemiologi di Universiti Indonesia, Pandu Riono berkata, ia adalah berikutan hasil daripada program vaksinasi dan juga kadar jangkitan tinggi sebelum ini.

.

Kajian itu dilakukan pada Mac lalu, melibatkan 2,100 responden dengan keputusan 99.2 peratus daripadanya mempunyai antibodi COVID-19, iaitu peningkatan enam peratus berbanding kaji selidik yang dilakukan pada Disember tahun lalu.

.

Malah, kes baharu COVID-19 di negara ini menurun dengan mendadak sejak kemuncak pada Februari lalu berikutan penularan varian Omicron.

.

Jelas Pandu, tahap antibodi yang kuat secara tidak langsung menunjukkan kadar jangkitan menurun dengan cepat di Indonesia.

.

Ekoran itu juga, Indonesia kini sudah mula melonggarkan sebahagian daripada sekatan pandemik, termasuk menarik balik peraturan kuarantin kepada pengembara antarabangsa dan membenarkan mudik lebaran pada Aidilfitri tahun ini.

.

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN