90% Zarah COVID-19 Boleh Tembus Face Mask Jenis Kain

Terdapat pelbagai jenis pelitup muka yang kini dijual dipasaran, dan salah satu daripadanya adalah jenis fabrik.

90% zarah covid-19 boleh tembus face mask jenis kain

Kajian terbaru menunjukkan pelitup muka jenis ini didapati tidak selamat kerana ia tidak banyak membantu mencegah penularan COVID-19 atau penyakit bawaan udara lain.

 

Kajian dilakukan sekumpulan penyelidik dari Universiti Britol di Britain dengan mendapati sebanyak 90 peratus zarah COVID-19 mampu menembusi pelitup muka jenis fabrik, menjadikan ia tidak begitu berkesan semasa pandemik ini.

 

Pelitup muka jenis fabrik sering menjadi pilihan ramai kerana ia mudah digunakan semula selepas dicuci berbanding pelitup muka perubatan atau N95 dan lain-lain.

90% zarah covid-19 boleh tembus face mask jenis kain

Bagaimanapun, kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Physics of Fluids ini menunjukkan pelitup muka fabrik kurang berkesan melawan penularan virus, malah menyumbang kepada penyebaran.

 

Pelitup muka fabrik umumnya dihasilkan oleh bahan yang tidak mampu menapis zarah, meskipun ia ditenun dengan ketat.

 

“Pelitup muka adalah penapis udara dan fabrik tenunan seperti kapas digunakan untuk menghasilkan jean, baju dan pakaian lain. Ia adalah penapis udara yang teruk.

“Lapisan penapis pelitup muka N95 diperbuat daripada gentian 5 mikrometer dengan celah yang 10 kali jauh lebih kecil. Ini menjadikannya lebih baik untuk menapis zarah kotor dari udara, termasuk yang mengandungi virus,’’ demikian kenyataan pengarang bersama kajian dan ahli fizik di Universiti Surrey, Richard Sear.

 

Sumber: [1]