82 Peratus Vaksin COVID-19 Sudah Diedar Pada Penduduk Negara Kaya

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, 82 peratus vaksin COVID-19 kini sudah diedarkan kepada penduduk di negara-negara kaya.

82 peratus vaksin covid-19 sudah diedar pada penduduk negara kaya

Ia melibatkan jumlah keseluruhan vaksin yang diedarkan kini adalah lebih daripada 1 bilion suntikan secara global.

 

Daripada jumlah itu, hanya 0.3 peratus vaksin diedar kepada penduduk di negara-negara miskin.

82 peratus vaksin covid-19 sudah diedar pada penduduk negara kaya

Ketidaksamarataan akses kepada vaksin COVID-19 ini adalah satu cabaran yang perlu dihadapi WHO dan dunia secara amnya.

"Seperti yang anda semua tahu, ketidaksamarataan akses kepada bekalan vaksin merupakan salah satu cabaran menangangi pandemik ini.

"Setakat ini, lebih satu bilion dos telah diedarkan secara global namun 82 peratus daripada kepada negara kaya atau berpendapatan tengah manakala hanya 0.3 peratus kepada negara miskin.

"Itu realitinya. Krisis COVID-19 ini mendedahkan keperluan mendesak untuk adakan sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan yang dapat memastikan kesediaan, kemampuan dan akses sama rata kepada ubat-ubatan dan teknologi perubatan tanpa batasan," katanya.

 

Menurut rekod setakat 28 April 2021, berikut adalah antara negara teratas yang sudah melakukan vaksinasi kepada penduduk dinegara masing-masing:

82 peratus vaksin covid-19 sudah diedar pada penduduk negara kaya

 

Sumber: Astro Awani / Our World in Data

 

 

ARTIKEL BERKAITAN