73 Tahun Berkahwin, Pasangan Terpisah Ini Akhirnya Bertemu Semula Di Rumah Jagaan Orang Tua

Pandemik yang melanda sememangnya menyebabkan ramai yang terpaksa berpisah daripada orang tersayang.

73 tahun berkahwin, pasangan terpisah ini akhirnya bertemu semula di rumah jagaan orang tua

Sama seperti kisah pasangan yang telah berkahwin selama 73 tahun ini yang mana Margaret Louise Baldwin Bigler dan Joseph Andrew Bigler terpaksa tinggal berasingan selama hampir setahun.

Memetik laporan New York Post, sejak isterinya, Margaret, 97, dirawat di pusat rawatan HarmarVillage, Pennsylvania, suaminya tidak lagi dapat melawat.

Lebih-lebih lagi kerana lonjakan virus korona yang menyebabkan Joseph, 96, terpaksa menghabiskan masa bersendirian di rumah tanpa isteri.

Namun pasangan itu akhirnya dapat bertemu semula setelah terpisah untuk satu tempoh lama.

Salah seorang pekerja kemudian memuat naik video pertemuan emosi Margaret dan Joseph ke Facebook dan ia menjadi tular.

“Ya Tuhan!” kata Margaret dalam video itu,

Dengan wajah terkejut dan gembira, Margaret segera memeluk suaminya sambil mengatakan bahawa ia adalah hari terbaik dalam hidupnya.

“Kata-kata tidak dapat menggambarkan perasaan saya untuk memeluknya semula selepas hampir setahun,” kata Joseph.

Lebih mengujakan, kegembiraan tersebut bukan sahaja dirasai pasangan Margaret dan Joseph, tetapi juga pekerja di rumah jagaan tersebut.

 

Sumber: [1]