Kajian Dapati 7,000 Langkah Sehari Bantu Panjangkan Usia

Sudah berapa langkah anda berjalan hari ini? Jika belum memulakan langkah, ayuh mulakan segera kerana satu kajian terbaharu mendapati individu yang berjalan sekurangnya 7,000 langkah sehari dapat membantu memanjangkan usianya.

kajian dapati 7,000 langkah sehari bantu panjangkan usia

Kajian yang diketuai oleh  seorang penolong profesor di jabatan kinesiologi Universiti Massachusetts, Amanda Paluch mendapati, individu yang berjalan sekitar 7,000 langkah sehari mempunyai risiko kematian akibat pelbagai jenis penyakit antara 50 hingga 70 peratus lebih rendah jika dibandingkan dengan mereka yang kurang berjalan kaki.

 

“7,000 langkah sehari mungkin merupakan sasaran besar bagi kebanyakan individu yang tidak sampai ke tahap itu.

“Dalam kajian yang dilakukan, kami juga mendapati jumlah langkah yang lebih banyak dikaitkan dengan penurunan risiko kematian,” kata Paluch.

kajian dapati 7,000 langkah sehari bantu panjangkan usia

Kajian yang dibuat keatas wanita dan lelaki pertengahan usia itu menunjukkan berjalan laju tidak semestinya memberikan hasil lebih baik dan jumlah langkah seminit juga tidak mempengaruhi risiko kematian.

kajian dapati 7,000 langkah sehari bantu panjangkan usia

Hasil dapatan ini menarik perhatian  Pengarah Kesihatan Kardiovaskular Northwell di Hospital Jantung Sandra Atlas Bass di New York, Dr Guy Mintz yang berkata, anda hanya perlu berjalan di mana-mana sahaja, tanpa perlu mendaftar di gimnasium atau membeli sebarang peralatan senaman.

 

“Namun, senaman boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular kerana ia memperbaiki tekanan darah, mengurangkan kolesterol dan mengurangkan berat badan.” kata Dr. Mintz.

 

Tambah lagi, seseorang itu juga tidaklah perlu fokus kepada jumlah langkah sehari, cukup dengan berjalan pada bilangan langkah tertentu dan mengamalkan gaya hidup yang sihat serta diet seimbang.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN