7 Pekerja Di Thailand Dijangkiti Dua Varian COVID-19 Serentak

Sebanyak tujuh pekerja tapak pembinaan di Bangkok, Thailand disyaki dijangkiti dua varian COVID-19 secara serentak.

7 pekerja di thailand dijangkiti dua varian covid-19 serentak

Menurut satu kenyataan Kementerian Kesihatan Awam, ujian saringan yang dijalankan menunjukkan mereka dijangkiti varian Alpha dan Delta, yang masing-masing pertama kali dikesan di England dan India.

 

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Jabatan Sains Perubatan Thailand, Dr. Supakit Sirilak sambil memaklumkan kesemua pesakit dilaporkan stabil dan tidak mengalami gejala membimbangkan.

Katanya, meskipun dua varian dikesan pada pesakit, ia tidak bermaksud pesakit menjadi lebih serius jika dibandingkan dengan jangkitan varian tunggal.

 

“Bagaimanapun, kemunculan lebih banyak kes seperti ini boleh menyebabkan situasi hibrid (kacukan) dan akhirnya akan membawa kepada kewujudan varian baharu.

“Itu adalah perkara yang ingin kita elakkan,” tegas Supakit.

 

Daripada 1,737 pekerja yang disaring, 1,327 daripadanya disahkan positif, dan 23.3 peratus daripada mereka yang positif dijangkiti varian Alpha, dan selebihnya varian Delta.

 

Sumber: Kosmo!

ARTIKEL BERKAITAN