6 Jenis Haiwan Yang Mempunyai Pendengaran Paling Tajam

Haiwan mempunyai kehebatan yang tidak dapat ditandingi manusia.  Contohnya dari segi pendengaran. Kebanyakkan haiwan mempunyai pendengaran yang sangat tajam namun hanya beberapa haiwan saja yang menggungguli senarai ini. Jom tengok..


6. ANJING

6 jenis haiwan yang mempunyai pendengaran paling tajam
Pendengaran anjing adalah 4 kali ganda hebat berbanding manusia. Frekuensi pendengaran anjing adalah 2 kali ganda berbanding manusia. Anjing mempunyai 18 otot berlainan. Otot ini membolehkan anjing mengerakkan telinga mereka. 


5. KUCING

6 jenis haiwan yang mempunyai pendengaran paling tajam
Kucing mempunyai deria pendengaran yang sangat menabjubkan. Ia mempunyai 32 otot di setiap telinga mereka. Julat pendengaran kucing lebih tinggi berbanding anjing.


4. IKAN LUMBA LUMBA

6 jenis haiwan yang mempunyai pendengaran paling tajam
Walaupun memiliki telinga luar yang kecil, ia boleh menghantar bunyi ke telinga tengah melalui rahang bawahnya.Sistem korteks lebih hebat daripada manusia. Frekuensi ikan lumba lumba jauh lebih hebat daripada manusia. Dengan hanya gelombang bunyi ia boleh mengenal pasti lokasi objek, saiz dan bentuknya.

3. BURUNG HANTU

6 jenis haiwan yang mempunyai pendengaran paling tajam
Sejenis haiwan yang aktif pada waktu malam, burung hantu mempunyai pendengaran dan penglihatan yang sangat tajam. Walaupun dalam keadaan yang gelap ia boleh mengesan pergerakan mangsa pada jarak yang jauh.


2. KELAWAR

6 jenis haiwan yang mempunyai pendengaran paling tajam
Sama seperti burung hantu, merupakan haiwan yang aktif pada waktu malam. Di sebabkan penglihatan haiwan ini sangat teruk jadi ia bergantung kuat kepada pendengarannya. Merupakan haiwan mamalia yang mempunyai pendengaran yang paling sensitif. 


1. KUPU KUPU LILIN

6 jenis haiwan yang mempunyai pendengaran paling tajam
Sejenis kupu kupu yang mempunyai pendengaran yang lebih hebat daripada kelawar. Ia boleh memdengar bunyi sehingga pada frekuansi 300 kHz. (manusia hanya boleh mendengar sehingga 20 kHz)

Sumber

Oleh: Khalie Azmi