500 Rumah Atas Air Musnah Akibat Kebakaran Di Tawau

Sekurang-kurangnya 500 rumah setinggan dilaporkan musnah dalam tragedi kebakaran yang berlaku di Jalan Apas Kampung Kurnia Jaya, Batu, sekitar jam 4 petang Khamis semalam.

500 rumah atas air musnah akibat kebakaran di tawau

Namun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan setakat ini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Sabah, Misran Bisara, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada jam 4.55 petang.

Seramai 49 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau kemudian dikejarkan ke lokasi itu dengan bantuan BBP Semporna dan pasukan Bomba Komuniti Kampung Kitingan.

“Kebakaran melibatkan dianggarkan 500 rumah setinggan jenis tidak kekal dan sehingga kini, pasukan bomba masih melakukan operasi mengawal serta memadam kebakaran menggunakan sumber air terbuka.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” jelasnya.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN