5 Selebriti Popular Yang Pernah Menjadi Mangsa Buli Satu Ketika Dahulu

Pengalaman menjadi mangsa buli tidak menghalang kelima-lima selebriti ini untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang mereka ceburi.

Mangsa buli cenderung mengalami panik atau rasa cemas.  Namun dengan bantuan dan perlindungan sekeliling sedikit sebanyak dapat membantu mereka.

Buli terbahagi kepada dua iaitu buli fizikal dan buli mental.

Buli fizikal merujuk kepada perbuatan penggunaan anggota kaki mahupun tangan ke atas mangsa buli. Antara contoh buli fizikal ialah memukul, menendang, mencubit, menumbuk dan memaksa mangsa buli untuk melakukan kerja seperti basuh baju dan beli barang.

Buli mental atau kata lainnya ialah buli psikologi. Mi­salnya mengejek, mencaci, mencerca, memaki hamun dan memulaukan seseorang.

Berikut merupakan 5 selebriti antarabangsa yang pernah dibuli dari segi mental.

Jackie Chan

5 selebriti popular yang pernah menjadi mangsa buli satu ketika dahulu

Aktor asal Hong Kong ini pernah digelar penakut. Malah banyak rakan-rakan yang mengejeknya dan memanggilnya orang lemah yang tak mampu mempertahankan diri.

Jennifer Lawrence

5 selebriti popular yang pernah menjadi mangsa buli satu ketika dahulu

Siapa sangka, aktres yang pernah memegang takhta pelakon wanita termahal dunia pernah menjadi mangsa buli ketika di bangku sekolah. Jennifer pernah dipinggirkan rakan-rakan sekolah, dia juga tidak dundang ke acara seperti majlis hari jadi atau jamuan makan.

Miley Cyrus

5 selebriti popular yang pernah menjadi mangsa buli satu ketika dahulu

Gara-gara menderita masalah jerawat yang teruk, selain dari menjadi mangsa ejekan dia juga sering ditindas oleh raka-rakan sekolahnya. Disebabkan tertekan, dia sering mengunci diri di dalam bilik air.

Lady Gaga

5 selebriti popular yang pernah menjadi mangsa buli satu ketika dahulu

Menurut akaun Twitter @majdgeourge98, ketika Lady Gaga menuntut di sebuah universiti, beberapa orang pelajar telah membuka akaun Facebook Group “Stefani Germanotta, you’ll never be famous”.  Siapa sangka, Lady Gaga akhirnya diumumkan sebagai wanita PERTAMA dalam sejarah untuk memenangi Oscar, Grammy, BAFTA dan Golden Globe pada tahun yang sama.

Rihanna

5 selebriti popular yang pernah menjadi mangsa buli satu ketika dahulu

Pernah menjadi mangsa buli perkauman ketika belajar dipersekitaran sekolah yang mana majoritinya bukan orang berkulit hitam. Aktres yang mesra dipanggil Riri ini membesar dengan rasa kurang keyakinan diri dan sentiasa bersendirian. Bagaimanapun, sekarang dia bangkit dan menjadi salah seorang selebriti berjaya yang menentang racism.

Tahukah anda, kesan buli mental ini amat teruk dan ia boleh kekal selamanya. Sekiranya anda merupakan salah seorang mangsa buli, pastikan anda mendapatkan bantuan segera.

Memang benar, kes buli bukan satu perkara baharu tetapi ia adalah perbuatan yang patut dihentikan. Semua pihak wajib memainkan peranan membanteras gejala yang sememangnya sudah kritikal ini. Hentikan buli, sebarkan kasih sayang!

Rujukan:

1. brilio.net

2. enchikshino