5 Perkara Yang Tak Patut Anda Korbankan Semata-Mata Untuk Cinta

5 perkara yang tak patut anda korbankan semata-mata untuk cinta

Cinta itu buta, betul ke? Sebenarnya, orang yang buta kerana cinta. Anda pernah tak ada kawan bila dia bercinta dengan pasangannya, banyak benda yang harus dia korban. Akhirnya dia menyesal sebab perkara yang dia korbankan itu semua tak menggembirakan hati dia pun.

Ini lima perkara yang anda TAK PATUT KORBANKAN SEMATA-MATA UNTUK CINTA.

1. Kebahagiaan diri sendiri

Macam mana nak bahagia dengan pasangan jika diri sendiri pun tak bahagia. Ramai yang mempertikaikan ini. Anda nak puaskan hati semua orang tapi hati sendiri macam mana. Bahagiakan diri anda dahulu baru boleh bahagiakan orang lain.

 

2. Kebebasan diri

Ini sangat common. Selalunya bila seseorang itu mula bercinta, mula la nak minta izin boleh keluar ke tidak. Boleh buat itu ini. Semua benda kena tanya dahulu. Tolong jangan buat perkara ini. Ini yang membuatkan diri anda nampak rendah dan mudah dipijak.

 

3. Ahli keluarga dan sahabat

Belajar bahagikan masa untuk keluarga dan sahabat. Jangan ketepikan mereka hanya kerana anda bercinta. Mereka lah yang akan menyokong hubungan anda dengan pasangan pilihan. Jika anda putus cinta, mereka support system yang paling anda perlukan.

 

4. Identiti diri

Ini sering berlaku, bila dah bercinta anda akan cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati pasangan sendiri. Anda akan berubah secara perlahan-lahan tanpa disedari. Jika anda berubah ke arah yang lebih baik tak mengapa. Ini sampai kawan sendiri tak kenal anda siapa.

5. Cita-cita

Jangan sama sekali korbankan cita-cita anda demi cinta. Ini adalah perkara yang paling anda akan kesali jika anda lakukannya. Kalau pasangan anda tak setuju dengan cita-cita anda, mungkin dia bukan yang terbaik buatmu. Jika seseorang itu betul-betul menyayangi anda dengan seikhlas hatinya, dia akan menyokong anda sehingga ke hujung dunia.

 

Sumber: Remaja

ARTIKEL BERKAITAN