5 Mitos Vaksin COVID-19 Untuk Remaja 12 Tahun Ke Atas

Ibu bapa kini boleh menarik nafas lega kerana vaksin COVID-19 boleh diberikan kepada mereka yang berusia 12 tahun dan keatas, berbanding 18 tahun had usia sebelum ini.

5 mitos vaksin covid-19 untuk remaja 12 tahun ke atas

Vaksin jenis Pfizer-BioNTech akan diberikan kepada golongan ini dalam masa terdekat namun ada segelintir ibu bapa masih merasa sangsi terhadap keberkesanan vaksin COVID-19 untuk anak-anak mereka.

 

Malah, muncul pula mitos-mitos kononnya vaksin ini membahayakan anak-anak yang berusia 12 tahun dan keatas.

5 mitos vaksin covid-19 untuk remaja 12 tahun ke atas

Berikut adalah antara 5 mitos yang kini sedang hangat diperkatakan mengenai vaksin COVID-19 kepada golongan kanak-kanak:

 

Mitos 1: Kanak-kanak dan remaja tidak perlu divaksin kerana mereka bukan golongan berisiko

Fakta: Di Amerika Syarikat, jumlah kes COVID-19 dalam kalangan remaja dan kanak-kanak telah meningkat dari 3% ke 24% dalam masa setahun. Jadi, kanak-kanak juga berhadapan dengan bahaya virus berjangkita ini, sama seperti orang dewasa.

 

Mitos 2: Vaksin COVID-19 untuk remaja lambat diluluskan kerana ada masalah yang timbul

Fakta: ebenarnya, ujian klinikal untuk kanak-kanak dan remaja lebih panjang berbanding orang dewasa. Salah satu sebabnya ialah ia perlu melalui fasa demi fasa untuk memastikan keselamatan vaksin. Selain itu, dos untuk kanak-kanak dan orang dewasa juga berbeza. Jadi, ujian klinikal akan memakan masa yang lebih panjang untuk menentukan dos yang sesuai.

 

Mitos 3: Vaksin COVID-19 boleh merosakkan DNA dan menyebabkan kemandulan

Fakta: Vaksin tidak akan merubah DNA anda dalam apa cara sekalipun.

 

Mitos 4: Vaksin COVID-19 mempunyai kesan jangka panjang

Fakta: Masih belum ada sebarang bukti yang boleh menunjukkan vaksin dapat mengakibatkan kesan buruk jangka panjang terhadap kanak-kanak dan remaja.

 

Mitos 5: Vaksin COVID-19 tidak berkesan terhadap kanak-kanak dan remaja

Fakta: Data yang sedia ada juga mencadangkan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech lebih efektif dalam kalangan remaja berbanding orang dewasa.

 

Maka, orang ramai seawal usia 12 tahun amat digalakkan untuk mengambil vaksin COVID-19 dan seterusnya mencapai imuniti kelompok selepas 80% daripada populasi mendapatkan vaksin. Jangan mudah percaya dengan cakap-cakap orang lain mengenai keburukan vaksin COVID-19.

 

Sumber: Hello Doktor

ARTIKEL BERKAITAN