5 Makanan Terpedas Di Dunia

Setiap orang punya tahap level kepedasan yang berbeza-beza. Ia bergantung kepada keupayaan seseorang menerima rasa pedas.

Rasa pedas yang keterlaluan boleh menyebabkan kejutan dan kerengsaan kepada badan. Tapi kalau tahan, why not kan?

Ni kalau anda ni jenis kaki travel, food hunter serta penggemar makanan pedas, boleh check out 5 makanan terpedas di dunia seperti:


1. SUICIDE HOT CHICKEN WINGS (AMERIKA SYARIKAT)

5 makanan terpedas di dunia
Dianggap percubaan untuk bunuh diri kalau korang try makan kepak ayam ini. Kombinasi sos pedas, empingan cili dan ditabur pula dengan cili potong, memang pedas hingga ke kepala.


2. VINDALOO (INDIA)

5 makanan terpedas di dunia
India memang terkenal dengan makanan pedas kerana kaya dengan rempah ratusnya. Menu ini berasal dari wilayah Goa ini. Makanan ini boleh buatkan lidah korang pijar seperti terkena api. Bahan yang digunakan adalah cili bhut jolokia (salah satu cili terpedas di dunia).

3. PHAAL CURRY (UNITED KINGDOM)

5 makanan terpedas di dunia
Dikenali sebagai kari terpedas dalam dunia. Di inspirasikan dari negara British dan Asia. Mengandungi 10 jenis cili. Kepedasan yang melampau.

4. PAPA A LA HUANCAINA (PERU)

5 makanan terpedas di dunia
Makanan ini berunsurkan salad kentang tetapi korang jangan tertipu dengan warna dan rupanya yang indah dan nyaman. Makanan ini diperbuat daripada kentang dan telur rebus yang dihiasi dengan sos keju sejuk campuran cili Amarillo dan Habanero berapi!


5. JERK CHICKEN (JAMAICA)

5 makanan terpedas di dunia
Makanan pedas meletup yang berasal dari Jamaica ini diperbuat daripada cili scotch bonnet dan pelbagai rempah Caribbean pada ayam.


Oleh: Khalie Azmi