4200 Tan Ikan Salmon Mati

Negara kedua pengeluar terbesar salmon di dunia, Chile mengalami krisis teruk apabila lebih daripada 4, 200 tan salmon menjadi mangsa pembunuh alga.

4200 tan ikan salmon mati

Menurut laporan, kejadian tersebut dipercayai berlaku akibat bunga alga berbahaya yang mengurangkan jumlah oksigen dalam air hingga membunuh hidupan tersebut. Terdahulu, fenomena serupa pernah berlaku pada 2016.

Lebih teruk, sebanyak 18 kolam salmon di negara yang sama itu juga menghasilkan kira-kira 26 peratus salmon dunia dilaporkan terjejas.

Menurut Greenpeace, fenomena tersebut berpunca daripada pencemaran yang disebabkan penternakan salmon sementara mereka yang bergiat dalam industri tersebut pula menyalahkan faktor perubahan iklim.

Sementara Chile merupakan negara kedua terbesar sebagai pengeluar salmon, Norway pula menghasilkan lebih banyak salmon daripada negara terbabit dengan pendapatan yang hampir mencecah USD $ 4.4 billion (RM18 bilion) menerusi eksport salmon pada 2020.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN