Bukan Pemalas, Ini Rupanya Alasan Kenapa Kucing Asyik Tidur

Pemilik kucing pasti sedar melihat kucing peliharaan masing-masing yang suka tidur sepanjang hari dan hanya bangun pada waktu makan dan juga pada waktu malam.

bukan pemalas, ini rupanya alasan kenapa kucing asyik tidur

Sudah pasti ramai yang menyangka kucing yang tidur sepanjang hari adalah pemalas sedangkan sebenarnya aktiviti tidur itu adalah antara perkara wajib yang perlu dibuat mereka.

 

Kucing tidur sepanjang hari bukanlah kerana ia malas, sebaliknya terdapat beberapa sebab mengapa ia tidur sahaja tanpa melakukan apa-apa aktiviti.

bukan pemalas, ini rupanya alasan kenapa kucing asyik tidur

Berikut adalah beberapa alasan mengapa kucing akan tidur sepanjang hari:

 

1. Kucing merupakan haiwan crepuscular, iaitu haiwan yang aktif pada waktu senja dan subuh. Maka, pada waktu siang adalah waktunya untuk tidur.

bukan pemalas, ini rupanya alasan kenapa kucing asyik tidur

2. Sebagai haiwan pemburu, kucing memerlukan tidur yang mencukupi supaya dapat mengumpul tenaga yang cukup untuk memburu.

 

3. Kucing sebenarnya jarang tidur nyenyak. Jika anda melihat kucing memejamkan mata sambil duduk dalam posisi ‘loaf’, ia bermaksud kucing sedang melelapkan mata seketika dan berwaspada dengan keadaan sekeliling.

bukan pemalas, ini rupanya alasan kenapa kucing asyik tidur

4. Bosan. Ya, kerana tiada aktiviti yang boleh dilakukannya, maka ia akan menghabiskan masa dengan tidur. Untuk mengelakkan kebosanan, cuba luangkan masa bermain dengannya atau dapatkan seekor lagi kucing untuknya sebagai teman bermain.

 

Sumber: [1]