4.18 Bilion Suntikan Vaksin COVID-19 Telah Diberikan Di Seluruh Dunia

Sebanyak 4.18 bilion jumlah suntikan vaksin COVID-19 telah diberikan di seluruh dunia setakat Isnin, dalam usaha mencegah penularan wabak berkenaan.

4.18 bilion suntikan vaksin covid-19 telah diberikan di seluruh dunia

Memetik data dari Our World in Data, negara China mendahului senarai dengan lebih 1.67 bilion suntikan, diikuti India dan Amerika Syarikat, masing-masing 472.22 juta dan 346.46 juta.

 

Brazil pula sudah memberikan hampir 142.5 juta dos vaksin kepada rakyatnya, manakala Jerman mencatat 92.05 juta suntikan vaksin. Jepun dan United Kingdom pula masing-masing 87.38 juta dos vaksin dan 85.2 juta dos.

 

Setakat 1 Ogos juga, sebanyak 21,200,473 dos diberikan kepada rakyat dan mereka yang berada di Malaysia, yang mana ia melibatkan pemberian vaksin dos 1 dan juga dos 2. Perincian dos mengikut negeri adalah seperti dalam jadual dibawah:

4.18 bilion suntikan vaksin covid-19 telah diberikan di seluruh dunia

Sumber: [1], [2]