3 Tahun Bercinta, Pasangan Indonesia Ini Terpaksa Putus Kerana Kedua-Duanya Hidap Talasemia Minor

Sering kali kita terdengar mengenai kisah pasangan yang berpisah kerana tidak serasi.

3 tahun bercinta, pasangan indonesia ini terpaksa putus kerana kedua-duanya hidap talasemia minor

Tetapi lain pula dengan pasangan dari Indonesia yang tular di media sosial ini yang mana, mereka mengambil keputusan bersama untuk mengundur diri daripada perhubungan tersebut kerana kedua-duanya disahkan menghidap penyakit talasemia minor.

Perkongsian menyayat itu dimuat naik di akaun TikTok @szasaccount yang mana wanita tersebut berkongsi bahawa dia terpaksa mengakhiri hubungan bersama kekasihnya kerana sekiranya mereka berkahwin, anak mereka berisiko untuk menghidap talasemia major.

Beredar secara viral di media sosial mengenai kisah pasangan yang terpaksa berpisah kerana mereka pembawa Thalassemia Minor (gangguan darah). Mereka berdua kelihatan lega dan mengundurkan diri.

“Setelah tiga tahun bercinta. Kami mendapati bahawa kami berdua mempunyai talasemia minor. Selepas perbincangan panjang, akhirnya kami memutuskan untuk berpisah. Dan ini adalah video hari terakhir kami sebagai pasangan. Perkahwinan kakaknya. Pelukan terakhir sebagai pasangan,” coret akaun tersebut.

Wanita yang dikenali sebagai Szasza Gustantara kemudian ditemu bual oleh media tempatan yang mana dia berkongsi lanjut mengenai kisah mereka.

“Talasemia adalah sebab kami berpisah. Banyak yang berpendapat bahawa ini hanya mengenai masalah anak-anak, tetapi sebenarnya keprihatinan kami bukan hanya pada anak-anak tetapi juga memikirkan masalah kewangan dan masalah yang mungkin timbul ketika kami terus memaksa diri untuk bersama,” jelasnya.

Simpulnya, keputusan menyedihkan itu terpaksa diambil mereka selepas dilihat dari pandangan yang lebih jauh.

Menurut portal rasmi MyHEALTH oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit talasemia digambarkan sebagai penyakit genetik sel darah merah yang mana pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi.

Ia berikutan gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas.

 

Sumber: [1] [2]