3 Selebriti Popular Korea Ini Tak Ada Instagram Pun, Bergantung Pada Bakat Je!

3 selebriti popular korea ini tak ada instagram pun, bergantung pada bakat je!

Pada masa kini, Instagram menjadi sangat penting. Malah, ada yang menjadikan Instagram sebagai resume. Bilangan followers menjadi penanda aras akan ‘bakat’ seseorang. Jumlah tanda like pula menunjukkan popularity pemilik akaun.

Tapi, tahu kah korang bahawa ada je selebriti yang boleh pergi jauh tanpa akaun Instagram pun. Yang ini berlaku di Korea di mana tiga selebriti famous ini sebenarnya tak ada akaun Instagram pun.

1. Gong Yoo

Pelakon drama popular Goblin ini tak ada Instagram pun. Jadi, kalau korang follow mana-mana akaun berkaitan Gong Yoo, itu hanyalah akaun yang dikawal oleh peminat. Gong Yoo menyifatkan platform tersebut sebagai racun kerana orang lain akan merasa kekurangan apabila mereka tidak ada sesuatu yang oran lain ada. Maka, Gong Yoo tidak mahu menjadi penyebab kepada orang lain merasa seperti itu dan dia sendiri mempunyai perasaan sedemikian.

 

2. Song Joong-ki

Pelakon Descendants of the Sun ini menganggap dirinya sebagai buta teknologi. Alasan itu lah yang membuatkan bintang berbakat ini tidak mempunyai sebarang akaun media sosial. Tapi, banyak je akaun yang menggunakan nama Song Jong-ki dan semuanya dikendalikan oleh peminat.

 

3. Kim Chung-ha

Pelakon ini telah muncul kali pertama pada tahun 2016 sebagai salah seorang ahli kumpulan I.O.I. Selepas muncul pertamanya, beliau telah menyatakan bahawa dia sangat risau dan takut sekiranya dia tidak dapat mengawal komen-komen yang kurang enak. Beliau juga menyatakan yang da akan menggunakan social media selepas dia memahami tanggungjawab sebagai seorang figura awam. BUat masa ini, Instagram yang menggunakan namanya diuruskan oleh syarikat pengurusannya.

Sumber: SCMP  

ARTIKEL BERKAITAN