3 Makanan Pelik Yang Tak Masuk Dek Akal Tapi Wujud Sebenarnya!

3 makanan pelik yang tak masuk dek akal tapi wujud sebenarnya!

Apa makanan paling pelik yang pernah korang makan?

Sekarang ni macam-macam jenis makanan ada. Paling trend semestinya makanan berkeju. Semua benda nak ditambah dengan keju. Namun, ada lagi beberapa menu pelik yang mungkin tak masuk akal tapi sebenarnya boleh je dimakan.

Ais Krim Nasi Lemak

3 makanan pelik yang tak masuk dek akal tapi wujud sebenarnya!Pernah tak korang makan ais krim nasi lemak? Kiranya ais krim tu berperisa nasi lemak. Pelik kan? Tapi makanan tu memang wujud tau. Kalau korang nak try, boleh pergi ke restoran Santan di Mid Valley.

Bihun Goreng Kuah Laksa

3 makanan pelik yang tak masuk dek akal tapi wujud sebenarnya!Makanan ni sebenarnya famous dan biasa dekat beberapa tempat di kawasan utara tanah air. Jadi, jangan terkejut kalau korang pergi sana dan lihat ada orang makan bihun goreng kuah laksa. Korang patut try sebab sedap weh

Tom Yam Coke

Korang boleh brain tak kuah tom yam dengan air coke disatukan dalam satu mangkuk atau cawan? Tak masuk akal kan? Tapi sebenarnya ada restoran yang menjual makanan ni.

Banyak je makanan pelik atau menu pelik yang korang boleh try. So, kalau korang nak tengok macam mana keadaan orang kena makan makanan pelik, korang patut tengok SYOK Cer Try Makanan Pelik. Dalam video tu korang boleh tengok Khalie dan selebriti jemputan mencuba makanan-makanan atau kombinasi makanan pelik. Memang pecah weh!

Video penuh SYOK Cer Try Makanan Pelik boleh ditonton melalui aplikasi SYOK pada setiap hari Rabu jam 3 petang. Download lah aplikasi SYOK sekarang secara percuma di Play Store dan App Store.

Ni salah satu video yang korang boleh tengok.

ARTIKEL BERKAITAN