3 Lagi Fungsi Baru Pada WhatsApp Akan Datang Tak Lama Lagi

3 lagi fungsi baru pada whatsapp akan datang tak lama lagi

Aplikasi WhatsApp merupakan aplikasi komunikasi popular di seluru dunia. Menurut data, hampir 2 billion penduduk dunia berkomunikasi menggunakan WhatsApp.

Jadi, setiap masa firma teknologi ini akan sentiasa berusaha untuk menaiktaraf akan aplikasi itu. Terbaru, melalui portal The Indian Express, WhatsApp akan melancarkan atau melepaskan beberapa lagi ciri dan fungsi terbaru.

1. Panggilan suara, video pada WhatsApp Web

Yesss! Tak lama lagi, WhatsApp web pun dah boleh buat video call dan voice call. Jadi, boleh lah buat meeting atau discussion dekat situ. Tak perlu lagi nak download banyak-banyak aplikasi.

2. Ciri seragamkan history

Yang ni pun best juga. Ciri ini membenarkan pengguna untuk memindah atau meniru segala pesanan dan chat dari peranti lain ke peranti lain. So, kalau korang nak buka akaun whatsapp korang dekat peranti lain, jadi senang lah untuk tengok mesej tersebut. Bukan itu sahaja, ciri ini dapat menyeragamkan kandungan mesej dari peranti iOS dan juga Android.

3. Mereka semula penggunaan ruang simpanan

Untuk ciri ini, Whatsapp sedang mencuba untuk meningkatkan lagi taraf data ruang simpanan. WhatsApp dikatakan akan menjadikan bahagian storage lebih interaktif untuk menganalisis data berkaitan ruang simpanan.

Sumber: The Indian Express