Anak sulung bukan sekadar posisi biasa dalam keluarga. Mereka ini lah yang akan menjadi tunggak utama apabila ibu bapa tiada. Sebab tu kadang-kadang anak sulung ni garang dan tegas.
Tapi, ini 3 fakta lain tentang anak sulung:
1. Seorang yang bertanggjungjawab dan mudah tertekan
Anak sulung selalunya perlu bertanggungjawab kepada adik-beradik yang lain. Jadi, mereka perlu fikir tentang adik-beradik, ibu bapa dan dalam masa yang sama diri sendiri.
Bagaimanapun, perkara ini boleh memberi tekanan kepada mereka. Jadi, korang yang bukan anak sulung tu janganlah selalu buat perangai.
2. Seorang yang egois dan degil
Memandangkan anak sulung ni lahir lebih awal daripada adik beradik yag lain, jadi mereka ni selalunya dimanjakan oleh ibu bapa.
Sebab tu ada je anak sulung yang keras kepal dan mementingkan diri sendiri. Namun, lepas diorang faham akan apa yang berlaku di sekeliling mereka so diorng akan jadi bertanggungjawab lah balik.
Sebab tu toleransi dan saling faham memahami tu penting dalam keluarga.
3. Seorang yang berdikari
Kalau nak cari seseorang yang berdikari, korang cari anak sulung. Mana tidaknya, jika ibu dan ayah memerlukan bantuan pastinya mereka akan mencari anak sulung terlebih dahulu berbanding anak-anak yang lain, kan?
Jadi, korang yang anak sulung ni rasa fakta ni betul ke tak? Dan korang yang bukan anak sulung pun rasa kakak atau abang korang macam ni tak?
Sumber: I Am Lejen