3 Bekas Ahli GFRIEND Bakal Debut Semula Sebagai Satu Kumpulan

Bekas anggota kumpulan GFRIEND, SinB, Eunha dan Umji yang kini berada bawah naungan label Big Planet Made dilaporkan bakal membuat debut semula sebagai sebuah kumpulan baru bernama VIVIZ.

3 bekas ahli gfriend bakal debut semula sebagai satu kumpulan

Pada 14 Januari lalu, Big Planet Made menyatakan bahawa “VIVIZ sedang mengatur jadual mereka dengan matlamat untuk debut pada bulan Februari.”

Oktober tahun lalu, ketiga-tiga bekas ahli GFRIEND itu menandatangani kontrak mereka bersama Big Planet Made bagi meneruskan kerjaya mereka sebagai penyanyi dalam industri K-Pop.

Selepas GFRIEND dibubarkan dan dilepaskan dari label terdahulu, Source Music pada Mei 2021, Yerin dan Sowon melancarkan kerjaya sebagai pelakon bawah Sublime Artist Agency dan IOK Company masing-masing sementara Yuju pula menandatangani kontrak bersama KONNECT Entertainment dan kini sedang bersiap untuk debut solonya.

 

Sumber: [1]