26 Tahun Berada Dalam Industri Hiburan, Song Hye Kyo Mengaku Masih 'Nervous' Setiap Kali Berlakon

Meskipun telah berkecimpung dalam bidang lakonan lebih kurang 26 tahun, pelakon ternama Korea Selatan, Song Hye Kyo akui bahawa dirinya masih gementar setiap kali memasuki set penggambaran.

26 tahun berada dalam industri hiburan, song hye kyo mengaku masih 'nervous' setiap kali berlakon

Dalam temu bual dengan Harper’s Bazaar baru-baru ini, Song berkongsi mengenai kesukaran dan kebimbangan yang dilaluinya mengenai lakonan.

“Saya tidak pernah memasuki produksi dengan fikiran, ‘Anda sudah biasa melakukan ini, jadi anda boleh membuatnya dengan baik.’ Sekarang, saya sudah lama berlakon. Namun begitu, saya sentiasa gugup.

“Bukan sahaja umur saya semakin meningkat, watak-watak yang diterima juga semakin dewasa seperti saya. Watak-watak itu sudah pasti matang seiring dengan usia yang semakin dewasa, dan pasti ada suka dan duka dalam hidup mereka sehingga ke tahap itu,” kata Song yang bakal membintangi drama terbaru dalam tahun ini, iaitu ‘The Glory’.

“Saya rasa saya perlu mengekspresikannya dengan baik. Itulah sebabnya saya fikir lakonan semakin sukar dan lebih sukar,” tambahnya.


Sumber: [1]