23 Januari, Genap Dua Tahun Sejak Perintah Berkurung Pertama Kali Dilaksana Di Wuhan

Hari ini genap dua tahun sejak bandar Wuhan di China melaksanakan perintah berkurung yang pertama di dunia akibat COVID-19, iaitu pada tanggal 23 Januari 2020.

23 januari, genap dua tahun sejak perintah berkurung pertama kali dilaksana di wuhan

Pada waktu itu, China mengumumkan penutupan di semua sektor termasuk penerbangan dan pengangkutan awam dalam usaha menghentikan penularan virus yang pada ketika itu hanya mengorbankan 17 nyawa sebelum angkanya menjadi 5.6 juta ketika ini.

Hari itu juga, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih belum menyifatkan virus itu sebagai satu kecemasan kesihatan global namun ia menyatakan ia satu kemungkinan virus.

Sejak itu, China juga mula mengamalkan dasar “toleransi sifar” terhadap COVID-19 dengan melakukan ujian saringan besar-besaran serta sekatan-sekatan bandar bagi membendung penularan wabak itu.

Hari ini, sekatan masih lagi berkuat kuasa di tiga bandar di China iaitu Xi’an, Anyang dan Tianjin melibatkan 20 juta penduduk terkurung di rumah sejak awal bulan ini.

Demikian sejak negara itu dilanda pandemik dua tahun lepas, China telah mencatatkan 4,636 kematian.

 

Sumber: [1]