22 Tahun Merantau Seluruh Dunia, Keluarga Asal Argentina Ini Akhirnya Pulang Ke Tanah Air!

Sebuah keluarga asal Argentina akan menamatkan kembara seumur hidup mereka, yang mana mereka telah merentasi lima benua hanya dengan menggunakan sebuah kereta lama dalam keadaan usang yang dikeluarkan pada tahun 1928.

22 tahun merantau seluruh dunia, keluarga asal argentina ini akhirnya pulang ke tanah air!

Keluarga Zapp yang dianggotai Herman dan Candelaria bersama anak-anak mereka itu telah memandu sejauh 362,000 kilometer dan kini telah singgah di sebuah bandar di sempadan Uruguay sebelum ketibaan mereka yang dijadualkan pada Ahad.

Pengembaraan mereka mengelilingi dunia bermula pada 25 Januari 2000 di pusat bandar Buenos Aires, yang mana empat beradik, bersama ibu bapa mereka, pada ketika masih kecil kini telah besar remaja.

“Saya mempunyai perasaan yang sangat bercampur-baur. Kami sedang menamatkan impian, atau memenuhi impian,” kata Herman.

“Apa yang akan terjadi sekarang? Beribu-ribu perubahan, beribu-ribu pilihan,” kata lelaki berusia 53 tahun itu, yang sudah pun terfikir untuk belayar ke seluruh dunia.

Cenderlaria, yang berusia 29 tahun ketika perjalanan itu bermula dan kini berusia 51 tahun, berkata penemuan terbesar dan terbaiknya adalah menemui orang sepanjang perjalanan.

“Ramai orang hebat. Kemanusiaan luar biasa,” katanya.

Beliau berkata keluarganya telah melawat tidak kurang dari 102 negara, walaupun kadangkala mereka terpaksa mengambil jalan untuk berpatah balik kerana peperangan atau konflik lain.

 

Sumber: [1]