Samping ialah sejenis kain sarung yang dipakai selepas dipakai seluar (pada pakaian Melayu) dan biasanya ia terletak dari pinggang hingga ke paras lutut sahaja.
Namun tahukah anda, terdapat bahasa adat dalam pemakaian sampin yang biasa diamalkan masyarakat Melayu sejak dahulu, dan ia mempunyai maksud-maksud tertentu kepada si pemakainya?
Memetik hantaran Tiktok Azrul Affandi Sobry, cara pemakaian sampin adalah berbeza mengikut kepada status individu itu.
“Kalau bujang atau anak dara, kepala kainnya terletak di depan.
“Jika lelaki pula pakainya disisi kanan, jika sudah berkahwin, sisinya berat dibelakang. Jika duda, sisinya pula berat dihadapan.
“Bagi wanita pula, pakainya disebelah kiri. Jika janda, beratnya didepan. Jika sudah berkahwin dan bini orang, beratnya di belakang.
“Bagi menyembunyikan status, kepala lain boleh dipakai dibelakang,” demikian menurut beliau.
Selain daripada kepala kain, labuhnya kain itu juga boleh menunjukkan status si pemakai juga. Katanya, jika kain sampin labuh dibawah lutut tanda si pemakai sudah berkahwin, dan bagi bujang pula adalah sebaliknya.
Tonton video dibawah untuk penerangan lanjut: