20 Peratus Penduduk AS Percaya Teori Mengarut Vaksin COVID-19 Ada Mikrocip

Kira-kira 20 peratus penduduk di Amerika Syarikat (AS) percaya kepada teori konspirasi kononnya vaksin COVID-19 yang diberikan kepada orang ramai ketika ini disumbatkan dengan cip mikro.

20 peratus penduduk as percaya teori mengarut vaksin covid-19 ada mikrocip

Hasil kajian itu didedahkan menerusi kaji selidik oleh YouGov dan The Economist yang dijalankan minggu lalu.

 

Kaji selidik itu menyimpulkan secara keseluruhan 15 peratus rakyat AS mengatakan teori konspirasi itu benar, manakala 5 peratus lagi kata ia sangat benar.

 

Dakwaan tidak benar itu mula tersebar sejak dari tahun lalu, ketika program vaksinasi secara besar-besaran dilakukan diseluruh dunia dalam usaha mengawal penularan jangkitan wabak COVID-19.

 

Bukan sahaja di AS, ada juga segelintir rakyat di Malaysia yang percaya dengan teori berkenaan, tanpa melakukan semakan lanjut menerusi sumber yang telah ditentusahkan.

 

Misalnya, bahan aktif dalam vaksin Coronavac yang dihasilkan Sinovac terdiri daripada virus SARS-CoV-2 yang telah mati dan tidak aktif. Bahan-bahan lain adalah aluminium hydroxide, disodium hydrogen phosphate, monosodium dihydrogen phosphate, sodium chloride, sodium hydroxide, and water for injection. Vaksin COVID-19 CoronaVac tidak mengandungi alkohol dan bahan pengawet. Manakala vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech pula adalah daripada jenis mRNA dimana bahan utamanya adalah mRNA, lipid, gula dan garam. 

 

Tambah lagi, jika benar dakwaan vaksin COVID19 mempunyai cip mikro, ia sudah pasti dapat dilihat dengan mata kasar menerusi vial atau botol vaksin kerana sifafnya adalah pepejal. Pemberi vaksin biasanya akan menunjukkan botol vaksin kepada penerima sebelum ia dicucuk kedalam badan. Tidak pula kelihatan sebarang bendasing dalam setiap botol vaksin yang dihasilkan.

 

Jadi dakwaan mengarut tentang kewujudan cip mikro dalam vaksin COVID-19 adalah sama sekali tidak benar.

 

Sumber: Utusan / MySejahtera Info