173,000 Remaja Di Pahang Bakal Divaksin

Pemberian vaksin COVID-19 kepada remaja di Pahang mulai Isnin ini akan melibatkan kira-kira 173,000 orang.

173,000 remaja di pahang bakal divaksin

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, selain remaja berusia 16 dan 17 tahun, mereka yang berusia 12 hingga 15 tahun dan mempunyai masalah kesihatan akan turut menerima vaksin.

Selain itu, keutamaan juga diberikan kepada Orang Kurang Upaya (OKU), golongan rentan dan mereka dalam institusi pemulihan dan perlindungan.

“Selain pelajar sekolah menengah di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Pahang, pelajar daripada sekolah menengah agama negeri di bawah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan institusi pendidikan kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga akan menerima suntikan tersebut.

“Mereka akan menerima suntikan di pusat pemberian vaksin (PPV) yang ditetapkan di bawah penyelarasan pejabat pendidikan dan pejabat kesihatan daerah,” katanya.

Lanjut beliau lagi, remaja terlibat perlu mengisi borang kebenaran ibu bapa atau penjaga sebelum dibenarkan menerima suntikan vaksin.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN