16 Kawasan di Malaysia Catat Bacaan Kualiti Udara Tidak Sihat

Sebanyak 16 kawasan di Semenanjung mencatatkan Indeks pencemaran udara (IPU) kategori tidak sihat melebihi 101 setakat jam 9 pagi hari ini (2 Oktober).

16 kawasan di malaysia catat bacaan kualiti udara tidak sihat

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Cheras, Kuala Lumpur mencatatkan bacaan IPU paling tinggi setakat pagi ini iaitu 164.

 

Turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat adalah Nilai di Negeri Sembilan dengan bacaan pada tahap 163; Seremban dan Shah Alam pada tahap 158; Putrajaya, Petaling Jaya dan Banting (157); Seberang Jaya, Pulau Pinang (107); Port Dickson (156); serta Batu Muda di Kuala Lumpur (154).

 

Bacaan IPU kategori tidak sihat juga dilaporkan di Bukit Rambai, Melaka, Johan Setia (MCAQM) dan Klang, Selangor pada tahap 153, Alor Gajah (136), Taiping (129) dan Tangkak (107).

15 kawasan di malaysia catat bacaan kualiti udara tidak sihat

Sementara itu, berdasarkan peta taburan IPU di laman sesawang APIMS, sebanyak 46 stesen APIMS di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana manakala tujuh stesen lagi mencatatkan bacaan baik.

 

Untuk info, bacaan IPU sehingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas adalah berbahaya.

 

Sumber: APIMS