12 Hari Di Lokap, Shah Rukh Khan Akhirnya Dapat Bertemu Dengan Anak Selama 10 Minit

Selepas 12 hari, bintang Bollywood, Shah Rukh Khan dan isterinya akhirnya dapat ‘bersua muka’ dengan anak sulung mereka, Aryan Khan yang ditahan dalam satu serbuan sekitar awal Oktober lalu di atas sebuah kapal persiaran di Mumbai, India menerusi panggilan video.

12 hari di lokap, shah rukh khan akhirnya dapat bertemu dengan anak selama 10 minit

Aryan Khan kini ditempatkan di Penjara Arthur Road sejak Khamis lalu berkaitan kes dadah selepas menjalani tempoh kuarantin dan disahkan negatif COVID-19.

Perkara itu disahkan seorang pegawai kanan penjara itu yang enggan namanya didedahkan.

Difahamkan bahawa perbualan keluarga itu mengambil masa kira-kira 10 minit.

Bagaimanapun, tiada perincian lanjut mengenai perbualan itu.

Berdasarkan prosedur, sebelum ini, setiap penghuni penjara yang sedang menjalani perbicaraan dibenarkan berkomunikasi dengan keluarga atau peguam mereka sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sebulan.

Pada ketika ini, Penjara Arthur Road difahamkan mempunyai 11 bekalan telefon pintar bagi membolehkan para banduan berkomunikasi dengan pihak luar.

Penjara Arthur Road kini menjadi ‘rumah sementara’ kepada Aryan Khan, 23, dan rakan-rakannya yang turut ditahan dalam serbuan awal Oktober ini selepas mahkamah menolak permohonan ikat jamin.

 

Sumber: [1]