113 Kematian COVID-19, 41 Kematian Dibawa Hospital (BID)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 113 kematian baru akibat COVID-19 pada 9 Mac lalu, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini sebanyak 33,497.

113 kematian covid-19, 41 kematian dibawa hospital (bid)

Daripada angka terbabit, sebanyak 41 kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Dalam pada itu, purata seramai 24 orang daripada 1 juta populasi kematian akibat COVID-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lalu.

Perlis menjadi negeri tertinggi setakat ini dengan purata 55 kematian, diikuti Kedah dengan 52 dan Putrajaya, 43.

KKM turut merekodkan 29,828 kes baru positif COVID-19 pada Rabu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,658,173.


Sumber: [1]