11 Pesakit COVID-19 Terperangkap Dalam Banjir Di Kelantan Telah Dipindahkan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menyelamatkan 11 mangsa banjir yang disahkan positif COVID-19 yang terperangkap akibat bencana itu.

11 pesakit covid-19 terperangkap dalam banjir di kelantan telah dipindahkan

Enam daripada mereka ditemui di Gua Musang manakala lima lagi di Rantau Panjang.

Jelas Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasin, semua pesakit di dua jajahan itu dibawa keluar dari kediaman masing-masing menggunakan lori milik jabatan berkenaan sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya, semua pesakit terbabit sebelum ini menjalani kuarantin di rumah.

“Kesemua mangsa yang positif itu akan memberitahu status mereka terlebih dahulu, sebelum anggota kami meneruskan operasi menyelamat.

“Malah, anggota bomba yang terlibat dalam operasi menyelamat dan memindahkan pesakit ini telah mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai bencana banjir yang berlaku di negeri itu, katanya, sejak 17 Disember lalu hingga kini, pihaknya telah melaksanakan 14 operasi menyelamat mangsa banjir melibatkan 62 individu termasuk pesakit COVID-19.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN