11 Juta Penduduk Thailand Masih Belum Divaksinasi

Seramai 11 juta penduduk Thailand dilaporkan masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19.

11 juta penduduk thailand masih belum divaksinasi

Susulan daripada itu, mereka yang masih belum divaksinasi berkemungkinan akan berdepan dengan sekatan pergerakan dalam usaha negara tersebut untuk membendung penularan jangkitan.

Menurut Pengarah Risk Communication and Health Behavior Development, Jabatan Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Awam, Dr Sumani Watcharasin, “Sehingga kini sejumlah 86.07 juta dos vaksin telah digunakan sejak program vaksinasi sejak dilancarkan pada 28 Februari.

“Setakat semalam (Rabu) sebanyak 37.5 juta atau 52.1 peratus penduduk sudah lengkap vaksinasi,” katanya.

Tambah beliau, Thailand menyasarkan untuk menyuntik 70 peratus penduduk dengan sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 menjelang akhir November ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Awam mengatakan mereka yang tidak divaksin mungkin akan berdepan dengan beberapa sekatan bagi tujuan menghadkan kontak.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN