10 Nasihat KKM Kurangkan Risiko COVID-19 Ketika Sambut Hari Raya

Hari lebaran kini menjelang tiba. Meskipun begitu, sambutan hari raya kali ini adalah berbeza disebabkan wujudnya pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

10 nasihat kkm kurangkan risiko covid-19 ketika sambut hari raya

Untuk memastikan sambutan hari raya diraikan dengan penuh sederhana dan mengurangkan risiko penularan virus COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi MyHealthKKM telah menggariskan 10 nasihat umum kepada orang ramai:

  1. Digalakkan untuk mengadakan sambutan secara maya
  2. Jika berkumpul secara fizikal, hadkan bilangan orang yang hadir
  3. Jangan hadir atau berkumpul dengan ahli keluarga jika berasa tidak sihat
  4. Hadkan tempoh masa berkumpul
  5. Buka tingkap dan pintu untuk pengudaraan yang baik
  6.  Elakkan sembang dekat, sembang kuat, menjerit dan menyanyi
  7.  Sentiasa memakai pelitup muka dan hanya tanggalkan ketika waktu makan
  8.  Jangan berkongsi perkakas makan dan minum
  9.  Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut
  10. Jaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

 

Marilah kita sama-sama memutuskan rantaian COVID-19!

 

Sumber: myHealth

 

ARTIKEL BERKAITAN