Berita baik buat pengguna kenderaan elektrik kerana anda bakal menikmati pengecas EV secara percuma di Shah Alam.
Menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sebanyak 10 pengecas kenderaan elektrik (EV) disediakan secara percuma dibawah kawasan pentadbiran mereka.
Baca: Selangor Rancang Bina 1,000 Pengecas EV Menjelang Akhir Tahun
Antara lokasi yang bakal mempunyai pengecas EV percuma ini adalah di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Wisma MBSA dan juga di pejabat cawangan MBSA.
Pengecas kenderaan elektrik ini disediakan hasil kerjasama dengan pihak Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air.
Tambah lagi, MBSA kini turut sedang mengenal pasti lokasi lain untuk menambah pengecas EV bagi kegunaan orang ramai.
Dalam pada itu, kerajaan negeri Selangor telah mensasarkan untuk menempatkan 1,000 pengecas EV di 12 PBT menjelang hujung 2023, seperti di Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Klang, Kajang dan juga Ampang Jaya.
Untuk info, buat masa ini terdapat 102 pengecas EV di Selangor.
Baca juga: Sebelum Beli Kereta Elektrik, Lihat Dulu Di Mana Tempat Caj Terdekat Anda. Ini Caranya!
Sumber: Bernama