10 Orang Terkaya Di Dunia Bertambah Kaya Ketika Pandemik

Ketika pandemik COVID-19 telah meragut ribuan pekerjaan orang ramai, seramai 10 individu terkaya di dunia ini terus menggandakan kekayaan mereka dalam tempoh dua tahun pertama pandemik.

10 orang terkaya di dunia bertambah kaya ketika pandemik

Menurut satu laporan oleh persekutuan badan amal yang menumpukan pengurangan kemiskinan global, Oxfam, kekayaan 10 lelaki terkaya di dunia itu melonjak daripada AS $700 bilion (kira-kira RM2.9 trilion) kepada AS $1.7 trillion (kira-kira RM 7.1 trilion), dengan secara purata AS$1.3 bilion (kira-kira RM5.4 bilion) sehari.

 

Malah, kekayaan bilionaire itu dilihat meningkat sepanjang pandemik lebih tinggi dalam tempoh 14 tahun lalu, meskipun ekonomi dunia merundum dan tenat.

 

10 lelaki terkaya di dunia antaranya pemilik Tesla and Ketua SpaceX, Elon Musk; Jeff Bezos (Amazon); Larry Page and Sergey Brin (Google); Mark Zuckerberg (Facebook); Bill Gates dan Steve Ballmer (bekas Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft); Larry Ellison (bekas Ketua Pegawai Eksekutif Oracle); Warren Buffet (pelabur Amerika Syarikat) dan Bernard Arnault (Ketua Kumpulan LVMH).

10 orang terkaya di dunia bertambah kaya ketika pandemik

Dalam laporan sama, pandemik COVID-19 telah menyebabkan 160 juta orang jatuh miskin dengan etnik minoriti bukan kulit putih dan wanita paling terkesan akibat ketidaksamaan ini.

 

Disebabkan ini, Oxfam menggesa penambahbaikan dibuat untuk sistem pencukaian bagi membiayai pengeluaran vaksin seluruh dunia, supaya lebih banyak nyawa dapat diselamatkan.

 

Sumber: [1]