Confirm Sesak, 1.9 Juta Kenderaan Sehari Dijangka Guna Lebuhraya Sempena PRN Sabtu Ini

Sempena dengan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu, 12 Ogos, orang ramai diingatkan untuk merancang perjalanan masing-masing sebelum memulakan perjalanan.

confirm sesak, 1.9 juta kenderaan sehari dijangka guna lebuhraya sempena prn sabtu ini

Ini adalah kerana trafik dijangka meningkat mencecah sehingga 1.9 juta kenderaan sehari di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

 

Menurut Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata pengguna lebuh raya dijangka akan menghadapi tempoh perjalanan yang lebih panjang di lebuh raya berikutan peningkatan kenderaan antara 11 (Jumaat) hingga 12 Ogos (Sabtu) ini berbanding hari-hari biasa.

 

“Bagaimanapun bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan lebih selesa, PLUS telah membuat persediaan merangkumi aspek pengurusan operasi serta kemudahan lebuh raya di plaza tol dan kawasan rehat dan rawat (RnR) agar kesemuanya berada pada tahap yang terbaik,” katanya.

confirm sesak, 1.9 juta kenderaan sehari dijangka guna lebuhraya sempena prn sabtu ini

Tambah lagi, PLUS juga menghentikan sementara kerja-kerja penyelenggaraan, naik taraf atau pembinaan yang memerlukan penutupan lorong di lebuh raya bermula 11 hingga 13 Ogos, kecuali melibatkan kerja-kerja kecemasan seperti pengalihan kenderaan yang terlibat dengan kemalangan.

 

Selain itu, PLUS juga memastikan semua kemudahan awam seperti tandas, surau serta stesen minyak di kawasan RnR serta hentian sebelah beroperasi 24 jam sehari untuk menampung kehadiran pengunjung.

 

Info lanjut berkenaan lalulintas, boleh memuat turun Aplikasi PLUS, atau mengikuti akaun Twitter@PLUSTrafik, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih dan talian PLUSLine di 1800-88-0000.

 

Sumber: BERNAMA