Kini Boleh Video Call Guna WhatsApp Pada Laptop Dan Komputer Anda

Pengguna aplikasi WhatsApp kini boleh menarik nafas lega dengan update terbaharu yang diperkenalkan laman sosial itu baru-baru ini.

 
Aplikasi milik syarikat Facebook dalam satu kenyataan memaklumkan kini membenarkan penggunanya untuk menggunakan panggilan video pada komputer atau laptop yang menggunakan aplikasi Whatsapp desktop app.

kini boleh video call guna whatsapp pada laptop dan komputer anda
 
Sama seperti panggilan video yang dibuat menggunakan telefon bimbit, pengguna boleh diberi jaminan keselamatan apabila menggunakan panggilan video ini dan tidak perlu risau kalau-kalau Facebook atau Whatsapp boleh mendengar atau melihat video anda.


 
Setakat ini, panggilan video menggunakan Whatsapp dekstop app hanya kepada seorang kenalan, dan ia belum lagi dibuka untuk panggilan video berkumpulan. Fungsi ini juga tidak tersedia lagi untuk pengguna Whatsapp web.

 
Dalam perkembangan lain, Instagram juga akan memperkenalkan fungsi Live Room dimana sehingga empat orang boleh bersiaran langsung serentak dalam satu video.

yeah, instagram akan kenalkan fungsi live 4 orang serentak
 
Baca: Yeah, Instagram Akan Kenalkan Fungsi Live 4 Orang Serentak
 

Sumber: The Verge