Beli Tiket Online Melancong Ke Angkasa Lepas 20 Julai Depan

Impian untuk melancong ke angkasa lepas kini semakin menjadi realiti selepas Ssyarikat pengeluar aeroangkasa, Blue Bezos Origin akan menghantar kru pertamanya ke angkasa lepas pada 20 Julai ini dan menawarkan satu tempat duduk kepada sesiapa sahaja untuk pembelian tiket secara online.

beli tiket online melancong ke angkasa lepas 20 julai depan

Perjalanan dijangka mengambil masa sepuluh minit dengan empat penumpang dibawa mengelilingi garis Karman, iaitu sempadan yang antara atmosfera Bumi dan angkasa lepas.

 

“Kami telah menyempurnakan kemampuan kapal angkasa kami untuk dilancar ke angkasa lepas dan kembali mendarat di bumi.

“Ini adalah kali pertama kapal angkasa New Shepard bakal memulakan perjalanan dengan membawa angkasawan,” katanya.

 

Kapal tersebut diberikan nama sempena warga Amerika Syarikat (AS) pertama pergi ke angkasa lepas enam puluh tahun lalu iaitu Alan Shepard.

beli tiket online melancong ke angkasa lepas 20 julai depan

Selepas berlepas, kapsul yang membawa anak kapal ini akan terpisah daripada roket utama dan berada empat minit pada ketinggian melebihi 100 kilometer dari Bumi.

 

Penumpang kapal angkasa akan mengalami situasi graviti sifar sepanjang perjalanan ini dan dapat melihat lengkungan Bumi dari atas angkasa.

beli tiket online melancong ke angkasa lepas 20 julai depan

Pemenang tiket yang boleh dibeli secara bidaan online ini akan diumumkan pada 12 Julai depan.

 

Sumber: CNBC